Satu keratan akhbar yang melaporkan penemuan duyung.. Sama ada ia benar atau tidak, lu pikir la sendiri..
Wednesday, December 16, 2009
Duyung @ MERMAID Episod 3
Video di bawah menunjukkan duyung yang ditemui selepas ribut di Kudat.. Percaya atau tidak, lu pikir la sendiri..
Tuesday, December 15, 2009
Duyung @ MERMAID Episod 2
Seperti yang kita semua telah maklum, ikan duyung sememangnya digambarkan berwajah cantik. Sila saksikan gambar2 dan watak filem di bawah..
Watak dalam cerita Duyung yang dipegang oleh Maya Karin
Satu watak duyung dilakonkan oleh Marian Rivera dalam telemovie filipina Dyesebel, cantik kan..?
Ilustrasi dan fantasi yang digambarkan terhadap duyung

Duyung dalam bath tub..hehe..
Friday, December 11, 2009
Duyung @ MERMAID Episod 1
Ikan Duyung.. Kalau dalam bahasa orang putihnye Mermaid.. Bila sebut je ikan duyung pasti ramai yang dah terbayangkan seorang perempuan cantik yang mempunyai tubuh badan separuh ikan dan separuh manusia..bersisik dari paras pinggang ke bawah, dan menyerupai manusia dari paras pinggang ke atas.. Bagi pembaca lelaki, saya tahu apa yang anda bayangkan.. Sebab saya pun membayangkan benda yang sama.. hahaha.. orang lelaki.. biasalah.. Walau bagai mana pun, sejauh manakah kebenarannya ? Adakah seperti yang dibayangkan, adakah seperti yang ditayangkan di wayang gambar ataupun mediamasa ? Bak kat Juara Raja Lawak Nabil " Lu pikir la sendiri.." Kita tunggu cerita seterusnya dalam episod akan datang. Bersambung.........
Kalau ada sesiapa yang ada pengalaman ataupun pernah terjumpa ikan duyung ataupun tahu mengenai ikan duyung silalah berikan komen anda di ruangan shoutbox ataupun di ruangan komen.. komen anda dialu-alukan..terima kasih.
Thursday, December 10, 2009
TENGIRI SEDILI
Ini adalah antara tengiri yang berjaya ditewaskan di perairan sedili..
Gambar ini di kirimkan oleh sahabat pancing , Habib Din.
Jelas terpancar di wajah beliau warna2 keriakkan.. haha.. Apa pun tahniah untuk beliau.. Cayalah..
Monday, December 7, 2009
PEUGEOT 406
Peugeot . Nama yang cukup sinonim dengan peminat kereta continental. Tak perlu lah diperkatakan lagi kerana kereta buatan Perancis memang cukup berkuasa dan memberikan kepuasan kepada pemandunya.. Post ini sebenarnya memperkenalkan sahabat aku, Fadzli yang cukup menggilai kereta ini. Kepada yang ingin mengenali beliau sila klik gambar atau nama beliau.. semoga beliau telah mengupdate blog beliau.. Adioss..!!
Saturday, December 5, 2009
MENDUGA PERAIRAN SEDILI
Sedili.. Nama yang selalu menjadi sebutan di kalangan pemancing2 dengan acara pancingan laut dalam.. Biasanya ikan yang menjadi target pemancing2 yang turun ke Sedili ialah ikan tengiri..
Cara yang lebih berkesan untuk memancing tengiri di sini ialah dengan kaedah umpan hidup berhanyut.Dalam trip ini kami menggunakan ikan selar hidup yang kami pancing menggunakan apolo sebagai umpan.
ikan merah tunggal trip ini.. ikan lain terus hilang selepas sambaran kuat pada joran aku dan rabut (terlepas) selepas lima minit bertarung..hampeh tul !!
Harapan kami agak menggunung untuk menjerat tengiri dalam trip ini, tetapi tiada tengiri yang berjaya didaratkan.. Walau apapun kami tetap bersyukur dengan hasil tangkapan sepanjang sehari memancing. Apa yang pasti aku akan kembali satu hari nanti untuk memburu tengiri lagi.. Majulah Memancing Untuk Negara.. Yeah!!
Adios..!!
Cara yang lebih berkesan untuk memancing tengiri di sini ialah dengan kaedah umpan hidup berhanyut.Dalam trip ini kami menggunakan ikan selar hidup yang kami pancing menggunakan apolo sebagai umpan.
Set pancing yang kami gunakan tidaklah besar.Kekili cukuplah sekadar spinning bersiri 3000 - 4000 ataupun kekili menegak yg seumpama dengannya. Joran berskala PE 1.5 sahaja.. Tali utama 25 - 30lb braided line... perambut flurocarbon 30lb dengan kepanjangan 7 meter ataupun lebih kurang 4 depa tangan.. dan disambungkan dengan perambut steel putih 25 - 30lb . Elakkan menggunakan perambut yang lebih besar kerana tengiri di sini agak sensitif dengan perambut yang kasar. Lagi cantek kalau gunakan perambut flurocarbon invisible line... Mata kail bernombor siri 2/0 -3/0. Kami tidak menggunakan swivel, sebaliknya kami menyambung perambut ke tali utama dengan ikatan fg knot supaya perambut yang panjang tadi senang di karau masuk terus ke dalam spool..
Berikut adalah antara gambar2 yang sempat aku rakamkan semasa aku mengikut rakan2 seperjuangan menduga perairan sedili ini..layan..
Bila tengiri tak nak makan, main bottom la jawabnya..
Berikut adalah antara gambar2 yang sempat aku rakamkan semasa aku mengikut rakan2 seperjuangan menduga perairan sedili ini..layan..
Bila tengiri tak nak makan, main bottom la jawabnya..
ikan merah tunggal trip ini.. ikan lain terus hilang selepas sambaran kuat pada joran aku dan rabut (terlepas) selepas lima minit bertarung..hampeh tul !! p/s : Untuk memperoleh ikan merah atau ikan bersisik yang banyak pastikan semasa menaikkan ikan jangan sampai terputus ataupun ikan rabut(terlepas) dari matakail. Apabila ikan yang terlepas memecut dengan mengejut, ini akan menyebabkan ikan2 lain ketakutan dan menghilang terus dari situ. Sebab selalunya ikan2 ini bergerak dalam kumpulan. Ini petua orang tua2. Kalau korang nak percaya, percayalah..kalau tak nak percaya pun, percayalah.. Hehe..
Kerapu a.k.a malabar grouper ( Epinephelus malabarikus )
Antara hasil yang diperolehi menggunakan teknik pancingan dasar
Cencaru makan petang... ini adalah sebahagian dari ikan lauk yang kami dapat menggunakan kaedah apolo
Faraid betul2 beb.. jangan sampai ada yang kecil hati..
Harapan kami agak menggunung untuk menjerat tengiri dalam trip ini, tetapi tiada tengiri yang berjaya didaratkan.. Walau apapun kami tetap bersyukur dengan hasil tangkapan sepanjang sehari memancing. Apa yang pasti aku akan kembali satu hari nanti untuk memburu tengiri lagi.. Majulah Memancing Untuk Negara.. Yeah!!
Adios..!!
Thursday, November 26, 2009
SALAM AIDILADHA dan SELAMAT HARI RAYA KORBAN

SALAM AIDILADHA dan SELAMAT HARI RAYA KORBAN dari warga barramundi angler.
Labels:
korban Aidiladha
LAMBAIAN KAABAH
Surah al-Haj ( ayat 27 ) yang bermaksud : " Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang kepada ( rumah Tuhan ) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan ( dan ceruk rantau ) yang jauh".

SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI, SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR..AMIN..
Subscribe to:
Posts (Atom)















